Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, selain Malaysia, pameran tersebut melibatkan pe­nyertaan 13 buah negara terma-suk Brunei, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Viet­nam, China, Hong Kong, India, Macau, Jepun dan Taiwan.

“KLOBS 2017 dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ambassador Of Bonsai Clubs International yang turut menganjurkan pertandingan bonsai dan orkid.

“Program selama sembilan ini turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur seperti pertandingan fotografi, gubahan bunga, mewarna, melukis, bola jaring, wall clim­bing, futsal, karaoke, Battle Of The Band, selain 55 gerai jualan dan pameran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan persiapan KLOBS yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah.

Menurut Mhd. Amin Nordin, pameran tersebut akan bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

“Bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke KLOBS, perkhidmatan van shuttle­ percuma juga akan disediakan dari Dataran Merdeka ke Taman Pu­du Ulu setiap hari dari pukul 9 malam hingga 10 malam.

“Orang ramai juga boleh menaiki tren Mass Rapid Transit (MRT) atau Transit Aliran Ringan (LRT) dan berhenti di stesen Maluri, selain membawa kende-raan sendiri,” katanya.

Tambahnya, majlis perasmian KLOBS bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. M. Loga Bala pada pukul 10 pagi, Sabtu ini.