Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, acara tahunan yang bertujuan memupuk semangat kesukanan itu mendapat sambutan menggalakkan apabila penyertaan meningkat sebanyak 2,000 peserta berbanding tahun lalu.

“Peningkatan ini disebabkan faktor penganjuran yang bertambah baik setiap tahun serta promosi yang dijalankan sejak enam bulan lebih awal.

“Selain itu, peningkatan penyertaan peserta luar negara pula begitu ketara yang mana untuk tahun ini sebanyak lebih 200 peserta dari 34 negara mengambil bahagian, sekali gus menjadikan acara ini berprestij,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Acara tersebut yang bermula pada pukul 5 pagi hingga 9 pagi menyaksikan empat kategori larian dipertandingkan iaitu 21 kilometer (km), 10 km, tujuh km dan tiga km ‘fun run’.

Program itu dianjurkan bersama Persatuan Olahraga PARA Selangor (POPS), MBPJ, Puncak Ventures SRA Sdn Bhd dan ditaja syarikat minuman isotonik 100Plus, Ice Mountain dari F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Ultron dan krim Voltex. - UTUSAN ONLINE