Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang juga ahli parlimen kawasan itu.

Kenderaan milik agensi penguat kuasa seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis turut dipasang Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Cuaca hujan lewat petang tadi sedikit pun tidak melunturkan semangat warga Ampang Jaya untuk sama-sama memeriahkan suasana dalam kempen mengibarkan bendera itu. - UTUSAN ONLINE