Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, program bertemakan ‘Masa Depan Dunia Adalah Anda’ itu bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan amalan membudayakan kebersihan khususnya dalam aspek mengurangkan, guna semula, dan kitar semula (3R).

“Program ini merupakan anjuran kali keempat bersama-sama anak-anak kakitangan Alam Flora sebagai program tanggungjawab sosial korporat syarikat.

“Kami berharap ia dapat memberi banyak manfaat kepada para peserta ke arah melestarikan alam sekitar serta mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan program tersebut hari ini. - UTUSAN ONLINE