Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut adalah bagi meningkatkan semangat kecintaan rakyat Malaysia kepada negara.

“Semangat petriotisme perlu dimiliki oleh semua warga kota dan tanggungjawab membina perwatakan sehati sejiwa sepatutnya bermula di rumah.

“Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada semua pihak supaya mengambil inisiatif sendiri untuk memasang bendera dan jangan mengharapkan pemberian bendera secara percuma semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE