Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, kesemua syarikat tersebut dipelopori golongan belia daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan antaranya jurutera, ahli seni dan ekonomi.

“Penglibatan MDEC dalam industri permainan digital ini masih baharu namun sambutan yang diterima dalam kalangan anak-anak muda tempatan cukup menggalakkan.

“Lebih membanggakan apabila kesemua syarikat permainan digital tempatan itu telah berjaya menjana pendapatan sehingga RM500 juta pada tahun 2016 dan mampu meningkat berlipat kali ganda tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak yang mengadakan lawatan kerja di hab permainan Level Up Inc. di Bangsar South di sini. - UTUSAN ONLINE