Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Md. Khairi Selamat berkata, program yang turut melibatkan orang awam itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat kepentingan mengurangkan pencemaran dan memperbaiki status kualiti air Sungai Klang.

“Sesi lawatan yang bermula dari Pasar Seni itu turut memberi peluang peserta mempelajari maklumat mengenai kerja-kerja pemulihan dan pengindahan sungai termasuk ‘collapsible weir’, sistem interseptor, kolam dan koridor biru.

“Kemuncak kepada program itu, mereka berpeluang menguji kualiti dan menyentuh air sungai di kolam koridor biru,” katanya dalam sidang akhbar program tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya turut memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai RoL Citizen’s Eye bagi membolehkan orang ramai melaporkan isu pencemaran sungai secara terus kepada pihak bertanggungjawab. - UTUSAN ONLINE