Ketua Pemudanya, Mohd. Amir Abd. Halim berkata, program yang dilaksanakan sejak Mac lalu itu bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan sederhana bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

“Program ini akan diteruskan pada setiap bulan sebagai simbol keprihatinan Pemuda UMNO selain dapat mendekati golongan berpendapatan rendah tidak kira peringkat usia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE