Program anjuran bersama KUIS dan Persatuan Kanak-kanak Istimewa Bangi (PKIB) itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim selain mengutip dana untuk disumbang kepada PKIB.

Acara tahunan itu diserikan dengan kehadiran Rektor KUIS, Prof. Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri dan pendakwah terkenal yang juga pensyarah KUIS, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Selain larian, program yang bermula pada pukul 7 pagi hingga 11 pagi itu turut diisi pelbagai aktiviti antaranya penyerahan ‘mock cheque’ dan cabutan bertuah. - UTUSAN ONLINE