Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah serta dua lagi ahli jawatankuasa surau  mewakili ngo lain iaitu Yayasan Generasi Melayu, Kelab Belia Wawasan serta Pertubuhan Anak Kerinchi Lembah Pantai bagi menyerahkan bantahan tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Azwanddin berkata, pertemuannya dengan wakil Uoa pada hari ini tidal mencapai sebarang kata sepakat yang penduduk inginkan apabila pihak pemaju tetap berdegil dengan tidak menyatakan keputusan sewajarnya sebaliknya menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan isu surau tersebut.

"Penduduk di sini bukan menolak pembangunan tetapi mereka mahukan pihak pemaju menjaga sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mendatangkan kesan kepada rumah ibadat mereka.

"Perkara utama yag masyarakat setempat inginkan hanyalah meminta pihak Uoa mengubah suai semula pelan lokasi agar surau itu tidak diubah atau dirobohkan selain syarikat pemaju harus menyediakan tapak surau baharu yang bersesuaian sekiranya ingin menggantikan surau lama tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum bantahan di bangunan Korporat UOA, Bangsar Selatan di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 100 wakil penduduk termasuk ahli jawatankuasa surau Balai Islam Kampung Kerinchi hadir di perkarangan bangunan menara korporat syarikat tersebut bagi membantah perbuatan syarikat pemaju terbabit terhadap surau berusia 50 tahun itu  .- UTUSAN ONLINE