Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

36 peserta 'tawan' puncak Ulu Semangkuk

HUJAN lebat ketika berada di puncak Gunung Ulu Semangkuk, Kuala 2
HUJAN lebat ketika berada di puncak Gunung Ulu Semangkuk, Kuala Kubu Bharu.

HUJAN lebat yang membasahi bumi tidak mematahkan semangat 36 orang peserta program 'XPDC 4.0 Gunung Gap Via Ulu Semangkuk' apabila berjaya mengharungi cabaran itu ketika melakukan aktiviti pendakian di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

Penulis yang turut menyertai program anjuran Geng Masjid Al Azim, Pandan Indah, Selangor itu berasa teruja sepanjang perjalanan yang penuh mencabar sehinggalah berada di puncak Gunung Ulu Semangkuk.

Peserta yang mula berkumpul sejak awal empat pagi di masjid untuk sesi pendaftaran memulakan perjalanan ke destinasi pendakian pada pukul 8 pagi.

Wakil penganjur Bahari Alias berkata, penganjuran program bertujuan memberi pendedahan kepada peserta aktiviti luar yang menyihatkan, tetapi turut merapatkan silaturahim antara peserta.

“Program ini juga sebagai platform untuk memperkenalkan masjid berkenaan kepada orang ramai dan mendekatkan mereka dengan aktiviti masjid,” katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain