Ketua Pegawai Eksekutif Put­rajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB), Haslinda Khalid berkata, soko­ngan pelbagai pihak terutama­nya media membantu menarik kehadiran orang ramai di tapak Anjung Floria, Presint 4, di sini.

Beliau berkata, menjadi satu bonus sekiranya kedatangan pe­lawat kekal konsisten sehingga ke hari terakhir sepanjang sembilan hari penganjuran festival tersebut .

“Satu bonus kepada kami sekiranya sasaran sejuta pengunjung pada sembilan hari penganjuran daripada 27 Mei lalu hingga 4 Jun ini tercapai, namun sebenarnya bagi kami jumlah itu tidak pen­ting berbanding kepuasan pe­ngunjung.

“Kami mahu mereka yang berkunjung di festival ini mendapat keseronokan dan kepuasan lain daripada yang lain, saya juga berbangga apabila mendapat tahu keunikan festival kali ini menjadi viral di media-media sosial,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Haslinda, bagi menghargai jasa rakan-rakan media yang banyak menyiarkan berita mengenai festival kali ini, PFSB akan memilih artikel dan gambar terbaik dan pemenangnya akan menerima hadiah iaitu tiket pe­nerbangan ke Bali, Indonesia.

Sementara itu katanya, usaha berterusan PFSB dalam penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya membuahkan hasil apabila mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar antarabangsa dalam bidang berkaitan landskap, hortikultur dan florikultur.

“Festival ini merupakan pameran bunga dan taman yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) sejak 2007, festival ini juga mempamerkan produk komersial daripada industri hortikultur dan landskap serta pertunjukan dan demonstrasi taman,” katanya.

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 dibuka kepada umum mulai 27 Mei lalu hingga 4 Jun ini dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam dengan tempoh masa bagi Jumaat sehingga Ahad dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam.

Harga tiket ba gi memasuki festival itu adalah RM7.50 bagi pemegang MyKad, RM22 (warga asing) manakala kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas (RM3.50) (peme­gang MyKad) serta RM11 (warga asing).