Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Cheras, Mohd. Ismail Mohd. Nor berkata, program julung kali itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan ditanggung ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu.

“Pada program ini, seramai 21 daripada jumlah pelajar tersebut dibawa bersama ibu bapa ke Pusat Pakaian Hari-Hari di The Trillium, Sungai Besi untuk membeli barangan keperluan berkenaan menggunakan wang tunai yang diberi.

“Pelajar berusia enam dan lima tahun masing-masing menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 dan RM50 bagi tujuan membeli kelengkapan persekolahan mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE