Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sk Setiawangsa, Shahpandi Abd. Manan berkata,  pihak sekolah hanya meyerahkan slip keputusan itu kepada murid tanpa mengadakan majlis khas demi menyahut saranan Kementerian Pendidikan.
“Syukur keputusan  UPSR sekolah kita meningkat pada tahun ini berbanding keputusan tahun lalu.

“Ramai yang mendapat keputusan cemerlang dan pencapaian tertinggi yang diperoleh oleh murid kita adalah 6A dalam semua subjek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penyerahan keputusan UPSR di Sk Setiawangasa di sini hari ini.

Turut hadir meraikan kejayaan murid-murid termasuklah ibu bapa dan guru-guru sekolah tersebut. - UTUSAN ONLINE