Anugerah buat julung kalinya itu disampaikan Penolong Pesuruhjaya Rela Daerah Hulu Langat, Leftenan Kolonel Rashidi Amran dalam satu majlis Jasamu Dikenang yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baru, di sini baru-baru ini.

Rashidi berkata, anggota Rela merupakan wira tidak didendang kerana peranannya tidak begitu diketahui oleh masyarakat namun terus komited menyumbang bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara.

“Rela mempunyai semangat berbeza berbanding anggota keselamatan lain dan disenangi agensi kerajaan untuk membantu mereka dalam mana-mana operasi dilakukan.

“Mereka yang berkhidmat sebagai anggota Rela jelas menunjukkan semangat kesukarelawan dalam diri untuk berbakti kepada masyarakat biarpun diri mereka tidak dikenali serta dipuji,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Yang hadir sama, Ketua Perhubungan Rela Kawasan Ampang 2, Kapten Abdul Hamed Yusof.

Seramai 80 anggota Rela dari kawasan Ampang 1 dan 2 hadir dalam majlis itu sebagai mengenang penubuhan Rela kawasan Cheras Baru yang kini berusia lebih 40 tahun. - UTUSAN ONLINE