Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, lebih menyedihkan 40 peratus daripada 80 peratus makanan yang dibuang itu masih berada dalam keadaan elok dan boleh dimakan.

Beliau berkata, situasi itu dijangka lebih kritikal pada bulan ini, sehubungan itu masyarakat diminta berhemah ketika membeli juadah di bazar Ramadan dan mengelak daripada melakukan pembaziran makanan.

“3,000 tan sampah sehari itu dikutip sebelum Ramadan, berdasarkan tahun-tahun sebelumnya jumlah sampah teruta­manya makanan yang dibuang pada bulan ini dijangka terus meningkat dan situasi itu perlu dielakkan.

“Semua pihak kena mainkan peranan kerana kita mahu kurangkan sampah. Untuk makanan yang boleh dimakan adalah lebih elok dermakan kepada mereka memerlukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu Tengku Adnan me­­­­lancarkan kempen [email protected] anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 sambil disaksikan Mente­rinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu, Ahmad Sha­bery berkata, pihaknya mahu jadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai model terbaik bagi membangunkan ke­sedaran kepada penjawat awam supaya tidak berlaku pembaziran makanan.

“Dalam bulan Ramadan ini se­patutnya kita kena berjimat, namun kebanyakan daripada ki­ta terpengaruh dengan nafsu se­hingga membeli makanan de­ngan banyak.

“Saya tidak menghalang ma­syarakat untuk membeli kerana ia bagus untuk penjaja. Tetapi perlulah membuat perancangan iaitu beli dalam jumlah sedikit supaya makanan tidak dibazirkan,” katanya.

Mengulas mengenai [email protected], Ahmad Sha­be­ry berkata, tujuan utama kempen itu dianjurkan ialah bagi mengelak berlaku pembaziran makanan terutamanya pada bulan Ramadan.

“Kempen ini merupakan sa­lah satu inisiatif yang diadakan ba­gi meningkatkan kesedaran awam mengenai pembaziran ma­­­kanan yang berlaku terutama pada bulan Ramadan.

“Usaha ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.