MAZLAN LAZIM

Jalan yang terlibat antaranya Jalan Raja (Dataran Merdeka); Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan P. Ramlee; Jalan Raja Chulan; Jalan Tun Abdul Razak; Jalan Ampang; Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, turut terlibat, Jalan Kuching (dari Selayang); Jalan Tuanku Abdul Halim; Jalan Raja Muda Abdul Aziz; Jalan Raja Abdullah; Jalan Bukit Tunku; Jalan Langgak Tunku dan Jalan Tun Ismail.

“Jalan Dato Onn; Jalan Sultan Sallehudin; Jalan Parlimen Jalan Damansara; Jalan Kinabalu; Jalan Sultan Hishamudin dan Jalan Parlimen serta tiga lebuh raya iaitu Lebuh Raya Duta-Ulu Ke­lang (DUKE), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Le­buh Raya Sultan Iskandar juga akan ditutup untuk acara tersebut.

“Kesemua jalan tersebut mula ditutup pukul 4 pagi hingga acara tamat kira-kira pukul 12 te­ngah hari manakala bagi Le­buh Raya DUKE, ia ditutup dari pukul 2.30 pagi sehingga 11.30 pagi,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Menurut Mazlan, seramai 400 pegawai­ dan anggota dari Ja­batan Siasatan dan Pe­nguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur terlibat mengawal lalu lintas sepanjang acara berlangsung dan orang awam diingatkan merancang perjalanan serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Jelas beliau, orang awam dinasihatkan menggunakan per­khidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi arahan supaya dapat menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya.