Program tahunan itu turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari serta isteri, Natila Ahmad.

Ahmad Fauzi berkata, acara itu bertujuan merapatkan hubungan umat Islam di kawasan itu selain menjadi platform untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai program-program pembangunan masyarakat setempat.

Tambahnya, sumbangan tunai turut disampaikan pada setiap tahun kepada seramai 2,200 hingga 2,500 asnaf yang berdaftar dengan masjid dan surau di kawasan Parlimen Setiawangsa sejak beliau bergelar wakil rakyat.

Yang turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad. - UTUSAN ONLINE