Cef Eksekutif hotel itu, Abdul Razak Abdul Ghani berkata, hotel itu membuat persediaan lebih besar kali ini selepas sambutan memberangsangkan terhadap dua menu itu pada tahun lalu.

“Sate kita ambil dari Kajang yang sememangnya popular dan diketahui ramai sebagai lokasi terbaik dalam menyediakan sate. Jika tahun lalu kita tempah 18,000 cucuk tetapi kali ini jumlahnya meningkat sekali ganda menjadi 24,000 cucuk.


“Kita berharap persediaan yang dibuat mencukupi untuk menampung permintaan pengunjung yang berbuka puasa di Klana Resort Seremban pada tahun ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, berkonsepkan Nostalgia Ramadan, Klana Resort Seremban menjanjikan sesuatu yang terbaik bagi memastikan semua pengunjung berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.

Jelasnya, sebanyak 83 jenis menu berlainan akan disediakan setiap hari termasuk mengekalkan makanan tradisi Negeri Sembilan seperti masak lemak daging salai, gulai telur itik, ikan keli salai, lemang dan rendang serta ikan bakar.


“Bayaran yang dikenakan kepada dewasa ialah RM75 bagi dan RM38 bagi kanak-kanak. Selain itu, ruang untuk sembahyang Maghrib dan Tarawih juga disediakan bagi keselesaan pengunjung,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh menghubungi talian 06-766 7888 atau layari www.klana-resort.com.my. - UTUSAN ONLINE