Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, kejohanan itu akan diadakan di empat lokasi iaitu Kompleks Sukan MBPJ, SS 3/14, Kompleks Sukan PKNS dan Kompleks Sukan Astaka, Petaling Jaya.

“Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM7,620 beserta medal dan barangan tajaan daripada penaja.

“Acara tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki dan beregu perempuan yang berumur di antara lapan hingga 16 tahun,” katanya ketika berucap dalam sidang akhbar mengenai kejohanan berkenaan.

Kejohanan yang dilaksanakan sejak tahun 1990 itu adalah anjuran bersama MPBJ dan Persatuan Tenis Selangor dengan ditaja F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. dan Amer Sports Malaysia Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE