Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik ST, Mohd. Elmi Anas berkata, periuk nasi dari China yang dibawa masuk ke negara ini oleh syarikat Nature Environment Products Sdn. Bhd. itu gagal ujian konsainmen yang ditetapkan ST semasa membuat permohonan Perakuan Kelulusan.

“Semua pengimport kelengkapan elektrik perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan dan mematuhi syarat yang ditetapkan sebelum membawa masuk sebarang kelengkapan ke negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Elmi, beliau meminta pengimport memastikan kelengkapan elektrik import adalah sama seperti yang diisytihar dalam laporan ujian keselamatan.

“Kelengkapan elektrik yang gagal dalam ujian konsainmen tidak akan dibenar dijual di negara ini, selain perlu dikembalikan ke negara asal atau dilupuskan,” katanya.

Tambahnya, ST menggesa syarikat lain yang belum memulangkan kelengkapan yang gagal ujian tersebut mencontohi syarikat berkenaan dan bekerjasama dengan ST bagi melupuskan kelengkapan tidak selamat itu. - UTUSAN ONLINE