Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha itu merupakan sebahagian daripada program pengisian rohani dan ilmiah yang disediakan kementerian setiap kali sambutan itu diadakan.

“Program ini juga bersempena dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli merasmikan Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah yang diganti dengan nama baginda.

“Program ini mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak komuniti. Semoga aktiviti seperti ini dapat memantapkan sahsiah generasi muda dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan,” katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican dan Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Mustafa Mohd.

Tengku Adnan berkata, program yang disusun sepanjang SHWP 2018 itu diharap dapat menyatukan semua komuniti Wilayah Persekutuan serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. - UTUSAN ONLINE