Program hiburan yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut dijayakan Persatuan Karyawan Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Yayasan Artis Ve-teran Malaysia.

Pengarah Kebudayaan Ke­senian Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri berkata, penganjuran program itu antara lain bertujuan memberi hiburan santai secara percuma kepada warga kota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan.

Menurutnya, sepanjang program itu tiga acara utama akan diadakan iaitu KL Street Jam, Hiburan Santai Seniman dan Hiburan Rak­yat Senandung Budaya.

“Selain program hujung ming­gu, DBKL turut mengadakan program utama yang dijalankan sekali pada setiap bulan.

“Antaranya, KL Ceria dan KL Rhythm Nitez yang melibatkan kumpulan orkestra DBKL bertempat di Panggung Anniversari dan Auditorium DBKL,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran klcatsevents di sini.

Yang turut hadir, Presiden Seniman, Zed Zaidi, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez dan Presiden Yayasan Artis Veteran Malaysia, Kismah Johar.

Bagi tujuan promosi, DBKL turut mewujudkan satu laman sosial iaitu instagram KLcatsEvents untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut.