Ini memandangkan tiada langkah berkesan yang diambil pihak berwajib untuk mengatasi masalah tersebut sehingga kini.

Seorang mangsa, Ahmad Ghazali Ibrahim, 31, berkata, penduduk resah setiap kali hujan lebat berterusan melebihi tempoh sejam mengakibatkan kejadian banjir kilat sehingga hampir menenggelamkan kawasan perumahan mereka.

“Penduduk semakin bimbang sekiranya kejadian itu berulang ketika di bulan Ramadan kerana ia boleh menjejaskan pelbagai aktiviti yang dijalankan mereka.

“Penduduk menggesa supaya pihak berwajib terutama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak segera dan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, hujan lebat berlarutan selama dua jam bermula pukul 4 petang mengakibatkan sebahagian besar kawasan perumahan berkenaan dinaiki air setinggi 0.5 meter. - UTUSAN ONLINE