Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setiap kediaman terbabit menerima bantuan sebanyak RM5,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri menerusi kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat.

“Walaupun perkara ini menjadi tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun kami memahami peruntukan yang disediakan oleh DBKL terhad. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan itu bakal merealisasikan pembangunan semula PA Sri Pahang yang berusia 44 tahun dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang akhbar program tersebut di perumahan itu hari ini.

Terdahulu, Raja Nong Chik turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan asas bernilai RM200 kepada setiap keluarga terpilih. - UTUSAN ONLINE