Kira-kira 2,000 pengunjung yang terdiri daripada pelancong asing dan warga kota sendiri teruja mencuba pelbagai sajian tradisional masyarakat India tempatan antaranya capati, kuih peneram dan pelbagai jenis manisan dan maruku sambil menikmati warna-warni persembahan pentas.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan bagi menyalakan pelita yang berlatarbelakangkan lukisan kolam iaitu hiasan lantai daripada beras berwarna sebagai simbolik acara malam itu.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusof. - UTUSAN ONLINE