Penaungnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, pelbagai aktiviti diadakan, termasuk persembahan kebudayaan kaum India, penyampaian sumbangan dan cabutan bertuah.

“Pertubuhan ini bertujuan membantu kaum India di Wangsa Maju khususnya. Mereka menjelajah seluruh kawasan parlimen ini untuk bertemu masyarakat India, mengetahui permasalahan dan akan cuba menyelesaikannya.

“Kita juga banyak selesaikan isu kebajikan mereka antaranya memberi khidmat bakti dan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Sebagai contoh kita memberi sumbangan khemah, kerusi dan meja di Perumahan Awam Danau Kota dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meluluskan kemudahan Laman Kenangan bagi urusan kematian bukan Islam di Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Jalan Taman Ibu Kota di sini.

Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, N. Alagan.

Shafei yang juga Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) memaklumkan, kira-kira 40 gerai kiosk, termasuk lesen akan disediakan kepada masyarakat India bagi peluang perniagaan di bawah program tanggungjawab sosial korporat UDA sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE