Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

18 individu ahli Geng 24 ditahan

KUALA LUMPUR 21 April- Polis menahan 13 pelajar di sekitar Klang serta lima bukan pelajar dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 24 susulan video tular sekumpulan penunggang motosikal yang menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah baru-baru ini.

TAN SRI KHALID ABU BAKAR
TAN SRI KHALID ABU BAKAR

Kesemua mereka ditahan semalam di sekitar Selangor oleh sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter miliknya mengucapkan tahniah atas kejayaan Stafoc itu.

“Syabas Staffoc @PDRMsia, 13 pelajar, 5 bukan pelajar di sekitar Klang. Ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti Geng 24. #GoPDRMGo,” katanya di sini hari ini.

Penahanan itu dibuat susulan dua video berasingan yang menunjukkan beberapa motosikal menimbulkan kekecohan dan berkelakuan tidak sopan di luar kawasan sekolah yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

Menerusi video pertama yang berdurasi 1.14 minit itu, sekumpulan lelaki dilihat menjerit di luar sekolah itu sambil memegang kain rentang yang tertera angka ‘24’, ‘TD4’ dan juga lambang swastika hitam.

Mereka juga turut meletupkan mercun dan membuat bising menggunakan enjin motosikal.

Video kedua pula yang berdurasi 24 saat itu pula menunjukkan sebuah kek yang tertulis ‘SMK Sri Andalas’, ‘24’ dan ‘Apache’. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain