Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Besar Kumpulan Kewangan Felcra, Zainal Abidin Shariff berkata, sumbangan berjumlah RM350 setiap seorang itu meliputi beg, dua pasang pakaian seragam, kasut dan stokin.

“Kesemua pelajar yang menerima bantuan merupakan anak-anak kakitangan Felcra dan masyarakat setempat yang terpilih. Bantuan tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.3 juta.

“Ini merupakan program tahunan dan kami amat memahami bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persediaan sesi persekolahan 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam program Ceria Kembali Ke Sekolah yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Fauzi pula berkata, beliau memuji syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) kerana meletakkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai aspek keutamaan dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang perniagaan mereka.

“Saya berharap mereka dapat menjalankan perniagaan dengan amanah dan jujur supaya keuntungan perniagaan dapat disalurkan semula kepada rakyat seperti program hari ini,” katanya.

Tambahnya, seramai 500 anak-anak anggota tentera di parlimen tersebut turut menerima sumbangan dalam program berkenaan. - UTUSAN ONLINE