AHMAD FAUZI ZAHARI

Anugerah tersebut disampaikan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dalam satu majlis yang diadakan serentak hari ini.

Menurutnya, anugerah itu bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar yang lulus cemerlang dalam pelajaran melibatkan peringkat Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Semua penerima anugerah ini adalah mereka yang mendapat kelulusan cemerlang bermula 7A ke atas bagi PT3 dan 8A bagi SPM,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Parlimen Setiawangsa. - UTUSAN ONLINE