Dalam kategori berpasukan, hadiah utama pertandingan edisi keenam itu dirangkul oleh pasukan Gerak Gempur yang berjaya menaikkan 44.2 kilogram (kg) sotong.

Hadiah tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan K-Swab manakala tempat ketiga oleh pasukan VVIP.

Dalam kategori sotong terpanjang, Sahfudin Mohd Atan menang dengan tangkapan sotong sepanjang 43.7 sentimeter.

Secara keseluruhan, jumlah tangkapan dalam acara yang disertai oleh 136 kakitangan lelaki dan 64 kakitangan wanita Kumpulan Ambank itu berjumlah 160.4 kg.

Hadiah disampaikan oleh Presiden Kelab Kumpulan Ambank (KAG), Syed Anuar Syed Ali yang juga Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran, Kumpulan AmBank. -UTUSAN ONLINE