Penganjuran kali keempat selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu diterajui Kelab Motosikal Daerah Seremban (SDMC) itu dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan telah berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung tempatan dan luar negara.

Acara tahunan itu juga merupakan agenda utama dalam kalendar Festival Negeri Sembilan dan mendapat kerjasama dan sokongan Lembaga Pelancongan negeri bertempat di perkarangan Mayang Sari Resort di sini selaku penaja lokasi.

Lebih 100 gerai-gerai jualan dan pameran pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi termasuk aksesori motosikal, pakaian, makanan dan barangan lain turut berlangsung selain aktiviti sukan santai serta cabutan bertuah. - UTUSAN ONLINE