Acara larian yang bermula pada pukul 6 pagi itu dilepaskan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Presiden Persatuan Rekreasi Wilayah Malaysia, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, program tahunan itu turut menarik penyertaan dari 32 buah negara seperti Thailand, Indonesia, Jepun, India, Kenya, Sudan, Sepanyol dan Jerman.

“Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan dalam acara ini iaitu 10 kilometer (km) terbuka lelaki dan wanita, senior lelaki dan senior wanita; lima km individu terbuka lelaki dan wanita serta lima km untuk keluarga.

“Hadiah keseluruhan yang ditawarkan ialah sebanyak RM30,000 selain cabutan bertuah untuk peserta,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M Noor Azman Taib dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff. - UTUSAN ONLINE