Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Othman Omar berkata, inisiatif yang diambil sebahagian usaha membantu golongan memerlukan dan meraikan mereka dalam suasana keriangan.

“Sejak diasaskan penubuhannya pada 2016, pelbagai program sosial dan kemanusiaan telah dilaksanakan oleh yayasan khususnya bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Inisiatif yang diambil diyakini dapat menyumbang kepada masyarakat dan membantu usaha membina hubungan strategik bersama komuniti,” katanya selepas Majlis Iftar Yayasan Royal Widad Bersama Anak-anak Syurga, di sini hari ini.

Pada tahun lalu, hampir RM180,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan program bantuan dan sumbangan masyarakat dan jumlahnya dijangka bertambah pada tahun ini.

“Buat masa ini, semua peruntukan ini hasil pemberian Kumpulan Royal Widad dan kami amat berharap serta mengalu-alukan sumbangan pihak luar untuk bersama-sama membantu pembinaan modal insan negara,” katanya. - UTUSAN ONLINE