Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M. Noor Azman Taib berkata, program itu disifatkan sebagai simbolik pembukaan kalendar baharu ke arah menyedarkan masyarakat supaya mencintai aktiviti sukan bersama keluarga.

Katanya, acara tahunan dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu 21 kilometer (km), 10km dan lima km itu turut mendapat penyertaan peserta luar melibatkan 33 buah negara antaranya Jepun, Kenya, Sepanyol, India, Sudan, Jerman dan Iran.

“Aktiviti sukan ini semakin mendapat tempat dan membuktikan manifestasi cinta terhadap gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutama golongan belia,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan. - UTUSAN ONLINE