Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, anugerah itu bertujuan mengiktikraf sumbangan kakitangan berkenaan atas kehebatan serta kecemerlangan dalam menyempurnakan tugasan.

“Antara mereka yang menjadi penerima termasuk kapten bas, kapten tren Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel, pegawai perkhidmatan pelanggan dan anggota polis bantuan serta staf untuk perkhidmatan kongsi bersama.

“Anugerah ini berdasarkan kepada dua kategori iaitu di bawah pujian awam dan penghayatan nilai-nilai inFORM yang menjadi prinsip bekerja,” katanya ketika berucap menyempurnakan program Pearl di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE