Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agung memberitahu, daripada hasil siasatan dijalankan, sebanyak 11 kes berjaya diselesaikan dengan nilai rampasan berjumlah RM59,466.

“Bagi menjamin produk susu tepung yang dijual di pasaran berjenama tulen, kementerian telah menjalinkan kerjasama dengan pemilik cap dagang untuk salurkan sebarang maklumat pemalsuan di dalam negara.

“Kementerian juga memberi amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak sesekali terlibat menjual barang tiruan terutamanya membabitkan keselamatan pengguna. Mereka boleh didenda sehingga RM10,000 untuk setiap barang yang dirampas atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR - Petaling Jaya Selatan) berhubung dakwaan penjualan jenama susu tepung tiruan di pasaran dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE