Program itu anjuran Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kemensah.

Penghulu Mukim Hulu Klang, Mohd Fazli Abdul Latif berkata, kehadiran penduduk adalah untuk memeriksa kesihatan masing-masing termasuk berkaitan mata, kencing manis, lutut, tekanan darah tinggi, khidmat nasihat cara pemakanan dan lain-lain.

“Kerjasama diberikan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Gombak bagi menjayakan program begini amat baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE