Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, program dari 16 Julai sehingga 16 September depan itu melibatkan 28 sekolah kebangsaan dan mene­ngah di parlimen itu.

“Program kerjasama pihak Biro Tatanegara Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan ini bertujuan menyemarak dan menye­mai semangat patriotisme.

“Saya harap ia tidak sekadar cuti umum, namun ingatan mengenai usaha kemerdekaan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Wilayah Persekutuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn di sini baru-baru ini.