Acara yang diadakan di Dataran Merdeka, di sini merupakan inisiatif pihak berkuasa tempatan itu untuk memupuk amalan gaya hidup sihat melalui sukan tradisional dan sukaneka.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, program bersempena Hari Wilayah Persekutuan itu menerapkan konsep perpaduan dan persefahaman bagi mengeratkan hubungan antara seluruh warga kota tanpa mengira bangsa.

Katanya, sebanyak 11 acara sukan disediakan dalam program itu antaranya permainan congkak, kelereng, batu seremban, boling kelapa, dadu beracun, lari dalam guni, isi air dalam botol, dam ular gergasi, baling tin dan tarik kelapa dalam gelung.

“OKU perlu membuang rasa rendah diri dan bergaul dengan masyarakat termasuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

“Aktiviti sukan boleh menjadi medium terbaik bagi mereka meningkatkan keyakinan diri dan pada masa sama mendorong perkembangan fizikal serta mental menjadi lebih baik,” katanya.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Hasliza Abdul Hamid. - UTUSAN ONLINE