China merupakan negara pengimport terbesar dengan membekalkan 86,734,410 biji limau ke Malaysia merangkumi 86 peratus daripada jumlah keseluruhan import Limau Mandarin.

Menariknya, negara di utara Afrika iaitu Mesir menjadi negara pengeksport terbesar selepas China apabila membekalkan 12 juta biji untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia sejak 1 Januari lalu hingga hari ini.

Sementara itu, enam negara yang turut membekalkan buah jenis sitrus itu seperti Pakistan, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Korea Selatan.

Menurut Jabatan Pertanian dalam satu kenyataannya kepada Utusan Online, kesemua limau itu dibawa masuk melalui pelabuhan laut, darat seluruh negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - UTUSAN ONLINE

Limau Mandarin
Limau Mandarin
Limau Mandarin
Limau Mandarin