Pengasas dan Presiden Persatuan Sentuhan Kasih al-Qalam Malaysia, Datuk Seri Baharudin Abu berkata, sumbangan berupa barangan keperluan asas itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan sempena Aidiladha.

“Pada program ini, kita turut memberikan rawatan terapi dan alternatif percuma kepada penerima yang mempunyai masalah kesihatan antaranya strok, saraf, jantung, kanser dan buah pinggang,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini hari ini.

Menurutnya, program yang dilaksanakan sejak empat tahun lalu itu akan diteruskan bagi tujuan berkongsi kasih dan derita dialami golongan berkenaan. - UTUSAN ONLINE