Program larian edisi pertama itu berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM700,000 hasil daripada wang pendaftaran penyertaan, sumbangan Jakel Trading Sdn Bhd serta para penaja yang mana sumbangan tersebut akan terus disalurkan kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki 5 kilometer, lelaki 10 kilometer, wanita 5 kilometer dan wanita 10 kilometer melalui beberapa jalan utama iaitu Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Kuching, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato’ Onn dan Jalan Tun Perak.

Pelbagai hadiah lumayan ditawarkan bernilai melebihi RM250,000 dengan tempat pertama meraih RM5,000 bagi kategori 10 kilometer dan RM 3,000 bagi 5 kilometer selain hadiah cabutan bertuah seperti motosikal Yamaha Avantiz, pakej percutian ke Bali, kasut sukan Asics dan jam tangan Ice Watch. - UTUSAN ONLINE