Majlis rumah terbuka bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang itu berlangsung meriah dengan tetamu dihidangkan pelbagai juadah menarik termasuk makanan istimewa antaranya sate, ketupat, lemang, kambing bakar, mee kari dan rendang.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, kehadiran ramai pengunjung pada program tahunan itu menunjukkan perasaan kekitaan jelas terpancar dalam kalangan rakyat berbilang kaum, sekali gus sebagai simbol perpaduan.

“Saya rasa amat gembira dengan suasana pada hari ini. Program tersebut merupakan wadah terbaik dalam mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan, kerjasama dan perpaduan rakyat berbilang kaum,” katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE