Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, karnival tersebut merupakan usaha berterusan pihak Mara untuk meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya di luar bandar.

Jelasnya, karnival berkenaan mendapat sambutan baik dalam kalangan pengunjung yang hadir untuk meninjau program pendidikan, keusahawanan dan peluang pekerjaan yang disediakan untuk para belia.

“Ibu bapa yang datang ke sini mempunyai kesedaran tentang masa depan pendidikan anak-anak mereka. Karnival ini turut memberi peluang kepada belia yang berminat menjadi usahawan dan mengetahui lebih lanjut peluang yang disediakan oleh pihak Mara.

“Saya berharap karnival ini dapat diadakan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada pelajar yang baharu menamatkan peperiksaan bagi mencari peluang melanjutkan pelajaran di bawah institusi pendidikan agensi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival berkenaan di sini.

Yang turut hadir Pengarah Mara negeri, Megat Zakaria Mgt Ahmad. - UTUSAN ONLINE