Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, untuk itu pihak PLUS mengatur pelbagai strategi bagi membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar dan selesa.

“Strategi utama kami adalah mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai memulakan perjalanan pada hari bukan puncak menerusi pemberian rebat tol serta mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).

“PLUS menjangkakan lebuh raya tersebut akan mencatatkan jumlah trafik tertinggi pada 14, 15, 18, 19, 24 dan 25 Februari iaitu peningkatan sebanyak 10.3 peratus berbanding hari biasa. Laluan antara Rawang, Selangor hingga Simpang Pulai, Perak dijangka mencatat peningkatan trafik antara 127 hingga 145 peratus ketika orang ramai pulang ke kampung,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi. - UTUSAN ONLINE