Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan kesukaran penduduk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian mereka.

“Keperluan yang mendesak terhadap bekalan air amat tinggi daripada penduduk. Kita terpaksa mencari bekalan air mineral di 20 buah kawasan seperti pasar raya kerana kebanyakan telah habis dijual.

“Jika kita mendapat stok air yang mencukupi, pemberian sumbangan ini akan diperluaskan di kawasan lain yang terjejas. Saya berharap krisis ini dapat pulih dengan segera supaya rakyat dapat menikmati air seperti sedia kala,” katanya kepada pemberita hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Sekretariat Angkatan Tentera Malaysia, Kolonel Kamarudin Mustapha. - UTUSAN ONLINE