Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, penganjuran program itu bertujuan merapatkan ukhuwah sesama ahli kelab motosikal di seluruh negeri.

“Konvoi selama sehari ini akan singgah di beberapa lokasi dan mereka akan menikmati jamuan ikan patin di Temerloh yang merupakan lokasi terakhir. Saya ucapkan tahniah dan berdoa agar perjalanan selamat dan berjalan lancar.

“Penganjur turut menyasarkan rekod Malaysia Books Of Records (MBOR) sebagai konvoi bermotosikal terbesar di negara ini. Berikutan sambutannya cukup memberansangkan, Insya-Allah program ini akan diteruskan tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyempurnakan acara pelepasan di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE