Program anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu adalah bersempena dengan sambutan Jubli Perak MPAJ ke 25 tahun.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Masyarakat MPAJ, Khairilazhar Ismail, tujuan penganjuran program itu bagi menyediakan satu aktiviti sihat kepada semua lapisan masyarakat yang berada di kawasan pentadbiran MPAJ.

“Selain itu, acara ini secara tidak langsung dapat mempromosikan ulang tahun ke-25 MPAJ kepada komuniti dan memberi peluang kepada komuniti untuk melakukan aktiviti riadah.

“Pertandingan ini melibatkan jarak sekitar 30km. Laluan acara adalah berbentuk hibrid di mana setiap peserta perlu melalui jalan tar dan juga jalan denai dan hutan di Bukit Ampang,” katanya di sini, baru-baru ini.

Khairilazhar berkata, sebanyak sembilan kategori disediakan dalam pertandingan ini termasuk kategori lelaki dan wanita terbuka, berat melebihi 90 kilogram dan fat bike terbuka.

“Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan untuk pertandingan ini adalah berjumlah RM 7,100,” katanya. - UTUSAN ONLINE