Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zaharudin Basiron berkata, program itu diharap mencapai matlamat agar perpaduan dan keharmonian disatukan melalui aktiviti riadah yang menyihatkan.

“Pada pertandingan kali ini, seorang peserta berjaya menangkap ikan patin seberat 12.235 kilogram (kg) seterusnya dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000.

“JPKL akan bertandang lagi pada 24 September ini di Taman Tasik Ampang Hilir dan sebarang maklumat boleh diperolehi di laman Facebook ‘jorankl,” katanya. - UTUSAN ONLINE